Monday, August 17, 2015

Tutorial Gaya Versatil Dan Berlapis Dengan Tudung Bawal

Tutorial Gaya Versatil Dan Berlapis Dengan Tudung Bawal 


Tudung bawal ataupun segi empat boleh digayakan dengan pelbagai jenis fesyen pada hari ini. Ia tidak lagi tertumpu kepada gaya biasa seperti sebelum ini. Oleh itu, jika anda seorang pencinta tudung bawal atau segi empat dan ingin mengubah fesyen anda yang membosankan, mari cuba tutorial ini. Ia mudah dan hasilnya juga menarik dan berjaya menjadikan pemakainya kelihatan anggun dan bergaya.

Mari lihat bersama-sama langkah-langkah mudah tutorial ini!

Antara perkara yang diperlukan adalah:
  1. Tudung bawal atau empat segi (kosong atau bercorak)
  2. Inner neck atau anak tudung
  3. Pin kerongsang
  4. Jarum peniti

Langkah-langkah:

Gaya versatil dan berlapis menggunakan tudung bawal 1
  • Pakai anak tudung atau inner neck dengan kemas. Kemudian letakkan tudung di atas kepala dan bahagikan bahagian tudung dengan sama panjang. Setelah itu, sematkan kerongsang di bawah dagu.
Gaya versatil dan berlapis menggunakan tudung bawal 2
  • Alihkan hujung tudung sebelah kiri ke belakang anda. Ini untuk memudahkan langkah seterusnya. Kemudian bawa hujung tudung sebelah kanan tadi ke sebelah bahu kiri anda dan sematkan kerongsang dengan kemas. Betulkan alunan yang terbentuk.
Gaya versatil dan berlapis menggunakan tudung bawal 3
  • Untuk langkah ini pula, ambil bahagian hujung tudung sebelah kiri di belakang tadi dan tarik ke sebelah kanan seperti di dalam gambar.
Gaya versatil dan berlapis menggunakan tudung bawal 4
  • Langkah ini amat penting. Pegang tengah-tengah tudung yang ditarik tadi kerana sebahagiannya akan dililit semula ke bahagian kiri kepala seperti di dalam gambar.
Gaya versatil dan berlapis menggunakan tudung bawal 5
  • Pastikan lilitan tudung tadi kemas dan bebas dari sebarang lipatan dan kedutan agar hasilnya tampak cantik. Sesudah itu, sematkan jarum peniti dengan berhati-hati.
Gaya versatil dan berlapis menggunakan tudung bawal 5
  • Sematkan juga jarum peniti di bahagian tudung di sebelah kanan tadi agar ia kelihatan lebih kemas.
Gaya versatil dan berlapis menggunakan tudung bawal 7
  • Di langkah ini, ambil pula bahagian hujung tudung bahagian kanan yang di silang ke bahu kiri anda tadi.
Gaya versatil dan berlapis menggunakan tudung bawal 8
  • Lakukan seperti di langkah keempat tadi namun, bawa sikit ke hadapan. Pegang bahagian tengah tudung dan bawa selebihnya ke bahagian sebelah kiri atas kepala anda. Pastikan anda melipatnya dengan kemas dan sematkan jarum peniti di hujung tudung tadi.
Gaya versatil dan berlapis menggunakan tudung bawal 9
  • Sematkan juga jarum peniti dengan berhati-hati agar tudung anda cantik terletak dan tidak tertanggal. Kemas-kemaskan bahagian alunan tudung dan lipatan tadi agar efek yang terhasil kelihatan cantik.
Gaya versatil dan berlapis menggunakan tudung bawal akhir
  •  Tadaaa! Inilah hasil akhirnya. Menarik dan kreatif bukan? Cubalah!
Gaya versatil dan berlapis menggunakan tudung bawal 13
Perkembangan fesyen dan kebijakan para fesyenista Muslimah pada hari ini sememangnya telah terbukti dengan beribu-ribu idea dan ciptaan fesyen bertudung yang boleh di dapati secara online. Ke mana-mana sahaja anda pergi, pasti terdapat ramai wanita dan gadis di luar sana yang tampil dengan pelbagai jenis dan fesyen tudung terkini dan menarik. Gaya ini juga salah satu daripadanya. Anda boleh pergi ke mana-mana aktiviti dan acara dengan gaya yang versatil dan anggun in sama ada untuk gaya kasual, ke pejabat mahupun menghadiri acara-acara istimewa. Serlahkan lagi gaya ini dengan penggunaan aksesori tambahan seperti rantai, kerongsang dan juga peniti yang menarik.
Berikut disediakan beberapa cadangan pakaian dan penampilan akhir yang boleh anda padankan dengan gaya tudung ini. Jom lihat bersama-sama. Bagaimana? Semuanya menarik bukan?

Share this

0 Comment to "Tutorial Gaya Versatil Dan Berlapis Dengan Tudung Bawal"

Post a Comment